Telur Ayam Diimport dari Eropah Tercemar Fipronil?

TULAR:
1051

PALSU :

Tular di media sosial dakwaan kononnya telur yang terdapat di pasaran yang diimport dari Eropah adalah tercemar dengan bahan kimia Fipronil yang membahayakan kesihatan.

Sumber gambar: The Guardian.

SEBENARNYA : 

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Noor Hisham bin Abdulllah, mengesahkan bahawa tiada telur dan produk hasilan telur dari Eropah, termasuk yang tercemar dengan bahan kimia fipronil di Belanda, di dalam pasaran di negara ini.

Katanya lagi, berdasarkan Sistem Maklumat Keselamatan Makanan Malaysia (FoSIM) di bawah KKM, Malaysia tidak mengimport telur ayam dari Eropah.

“Di samping itu, pihak Delegasi Kesatuan Eropah ke Malaysia telah mengesahkan bahawa tiada telur atau hasilan telur terbabit dieksport ke Malaysia,” katanya dalam kenyataan.

SUMBER :

Ketua Pengarah Kesihatan

Berita Nasional RTM

Bernama

MStar


MAINKAN PERANAN ANDA!
Sekiranya anda mempunyai maklumat mengenai berita tidak ditentusah yang melibatkan kepentingan awam mahupun negara,
Salurkan Kepada Kami

TIDAK PASTI JANGAN KONGSI