Anak Kapal Hilang Di Sungai Mupong Ulu?

TULAR:
484

PENJELASAN :

Pihak Bomba memperjelaskan laporan bahawa seorang anak kapal dikhuatiri hilang selepas keluar daripada kapalnya di Sungai Mupong Ulu sepertimana yang dilaporkan media.

Gambar hiasan.Sumber gambar : Bomba Malaysia

Menurut pihak Bomba, anak kapal yang dilaporkan hilang di Sungai Mupong Ulu itu didapati pulang ke Daro untuk berjumpa keluarganya.

Ketua Balai Bomba Bintangor, Nicholas Belulin, berkata keadaan Hussien Mahli, 50, dimaklumkan oleh abangnya yang menghubungi pihak berkuasa selepas berita kehilangannya disiarkan di media.

SUMBER :
Berita Harian


MAINKAN PERANAN ANDA!
Sekiranya anda mempunyai maklumat mengenai berita tidak ditentusah yang melibatkan kepentingan awam mahupun negara,
Salurkan Kepada Kami

TIDAK PASTI JANGAN KONGSI