Panggilan Telefon Daripada IPD Putrajaya Minta Selesaikan Saman Trafik?

TULAR:
2115

WASPADA :

Orang ramai dinasihatkan agar berwaspada dengan panggilan telefon yang kononnya daripada Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Putrajaya yang meminta memasukkan wang ke dalam akaun tertentu untuk menyelesaikan bayaran saman trafik atau kes-kes yang lain.

Sumber gambar: Polis Diraja Malaysia.

Ketua Polis Daerah Putrajaya, Asisten Komisioner Rosly Hasan berkata mereka mengesan taktik sindiket berkenaan yang cuba menipu orang ramai dengan melakukan panggilan palsu kepada mangsa.

Kewujudan sindiket itu dikesan selepas kebelakangan ini, IPD Putrajaya menerima panggilan telefon daripada orang ramai bertanya sama ada kenderaan mereka terbabit kes kesalahan trafik dan langgar lari.

SUMBER :

Facebook Polis Diraja Malaysia

Harian Metro


MAINKAN PERANAN ANDA!
Sekiranya anda mempunyai maklumat mengenai berita tidak ditentusah yang melibatkan kepentingan awam mahupun negara,
Salurkan Kepada Kami

TIDAK PASTI JANGAN KONGSI