SEBENARNYA:
Menurut DYMM Sultan Johor Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar:
DYMM Sultan Johor Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar tidak pernah mengeluarkan sebarang kenyataan seperti mana yang disebarkan dalam gambar tersebut.
Ini adalah satu kenyataan palsu disebarkan oleh mereka yang tidak bertanggungjawab.
Baginda bertitah bahawa segala kenyataan atau laporan berita berkaitan dengan Baginda ataupun Keluarga DiRaja Johor hanya akan dikeluarkan oleh Royal Press Office (Pejabat Media dan Komunikasi Keluarga DiRaja Johor) di laman sosial rasmi.
Berita terdahulu (2015): https://sebenarnya.my/sultan-johor-keluarkan-titah-kepada-kerajaan/ .