SEBENARNYA:
Menurut Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan ingin menarik perhatian semua bahawa poster yang sedang diviralkan ketika ini adalah fitnah dan tidak betul.
Pihak Pejabat Menteri telah melaporkan perkara ini kepada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) untuk tindakan selanjutnya.
Orang ramai dinasihatkan supaya menyemak dahulu kesahihan semua kandungan yang diviralkan supaya tidak mudah terpedaya dengan fitnah yang sengaja direka oleh pihak yang tidak bertanggungjawab.