Dakwaan Penjualan Beras Plastik Di Sandakan, Sabah Adalah Tidak Benar

TULAR:
164

SEBENARNYA:

Berdasarkan kenyataan rasmi yang dikeluarkan oleh Menteri dan Timbalan Perdana Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM):

Berdasarkan kenyataan rasmi yang dikeluarkan oleh Menteri dan Timbalan Perdana Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM):

Dakwaan berkenaan beras plastik adalah tidak berasas dan jenama beras yang dituduh adalah beras tulen. Perakam video tular berkenaan telah menampilkan diri ke Syarikat Sazarice Sdn Bhd di Sandakan dan memohon maaf.

Dalam pada itu, Sazarice Sdn. Bhd. juga turut mengeluarkan kenyataan rasmi dengan menegaskan dakwaan daripada isu tular beras plastik adalah tidak benar.

Orang ramai dinasihatkan supaya tidak membuat sebarang fitnah atau dakwaan palsu sehingga mencetuskan kegusaran awam terhadap sesuatu yang tidak diketahui kesahihannya.

SUMBER:

Halaman Facebook Rasmi Menteri KPKM

Halaman Facebook Rasmi Timbalan Perdana Menteri KPKM

Halaman Facebook Rasmi KPKM

Halaman Facebook Rasmi Sazarice Sdn. Bhd.


MAINKAN PERANAN ANDA!
Sekiranya anda mempunyai maklumat mengenai berita tidak ditentusah yang melibatkan kepentingan awam mahupun negara,
Salurkan Kepada Kami

TIDAK PASTI JANGAN KONGSI