Penjelasan Berkaitan Dakwaan Salah Guna Kuasa Pengambilan Tanah Di Kudat Oleh Ketua Menteri Sabah

TULAR:
151

Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor menafikan berlaku salah guna kuasa dalam kelulusan berhubung rundingan pengambilan tanah di Kudat.

Menjawab dakwaan disebarkan melalui laman Facebook berhubung pengambilan tanah yang didakwa untuk perlombongan pasir silika di daerah itu, beliau berkata, semua permohonan dilakukan mengikut undang-undang.

Beliau berkata, dakwaan kononnya berlaku salah guna kuasa membabitkan dirinya adalah berniat jahat dan bermotifkan politik bagi memburukkan namanya.

Kenyataan dikeluarkan Jabatan Ketua Menteri Sabah itu menyusul berikutan satu artikel dimuat naik sebuah laman Facebook mendakwa Hajiji menggunakan kuasanya meluluskan permohonan tanah mengandungi pasir silika di Pulau Balambangan, Kudat, merangkumi tanah milik Yayasan Sabah dan tanah kerajaan negeri.

Beliau berkata, semua permohonan tanah dibuat mengikut prosedur ditetapkan melalui mesyuarat Jawatankuasa Penggunaan Tanah (LUC) dan diproses di pejabat.

SUMBER:

Berita Harian
Harian Metro
Astro Awani


MAINKAN PERANAN ANDA!
Sekiranya anda mempunyai maklumat mengenai berita tidak ditentusah yang melibatkan kepentingan awam mahupun negara,
Salurkan Kepada Kami

TIDAK PASTI JANGAN KONGSI