Dakwaan Terdapat Campuran Beras Plastik Di Dalam Produk BERNAS Adalah Tidak Benar

TULAR:
1482

SEBENARNYA:

Menurut Padiberas Nasional Berhad (BERNAS):

BERNAS menyangkal dakwaan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab berhubung penularan mesej berantai di media sosial bahawa terdapat campuran beras plastik di dalam produk BERNAS.

Bekalan beras yang dibawa masuk ke negara ini turut dibekalkan dengan sijil pengesahan kualiti dan spesifikasi beras yang dipantau rapi yang telah ditetapkan oleh Kerajaan. Ini bertujuan bagi mencegah sebarang bentuk penyelewengan yang tidak diingini.

Justeru, berhubung dakwaan wujudnya ‘beras plastik’ di pasaran tempatan, BERNAS memberi jaminan bahawa beras import yang dibekalkan oleh BERNAS adalah tulen dan selamat untuk penggunaan orang ramai.

SUMBER:

Berita Harian


MAINKAN PERANAN ANDA!
Sekiranya anda mempunyai maklumat mengenai berita tidak ditentusah yang melibatkan kepentingan awam mahupun negara,
Salurkan Kepada Kami

TIDAK PASTI JANGAN KONGSI