Dakwaan Jururawat Akan Disuntik Dengan Vaksin ‘Virus X’ Adalah Tidak Benar

TULAR:
842

SEBENARNYA:

Menurut Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM):

Merujuk kepada satu kandungan berita tidak benar yang telah tular di aplikasi TikTok berkaitan dakwaan kononnya para jururawat di Malaysia akan disuntik dengan vaksin ‘Virus X’, Kementerian Kesihatan Malaysia ingin memaklumkan bahawa sebaran maklumat tersebut tidak tepat dan tidak bertanggungjawab.

Ini boleh menimbulkan persepsi negatif terhadap barisan hadapan petugas kesihatan khususnya jururawat yang telah menyumbang bakti mereka kepada negara.

SUMBER:

Facebook Rasmi KKM
Twitter Rasmi KKM


MAINKAN PERANAN ANDA!
Sekiranya anda mempunyai maklumat mengenai berita tidak ditentusah yang melibatkan kepentingan awam mahupun negara,
Salurkan Kepada Kami

TIDAK PASTI JANGAN KONGSI