Kerajaan Bekukan Akaun Bank Yayasan Kesuburan Tunku Azizah (TAFF)?

TULAR:
500

PENJELASAN:

Timbalan Perdana Menteri memperjelaskan dakwaan bahawa kerajaan telah bertindak membekukan akaun Yayasan Kesuburan Tunku Azizah (TAFF), sepertimana yang tular di media sosial.

Sumber gambar: Facebook

Menurut Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, kerajaan tidak terbabit dengan isu pembekuan akaun TAFF. Timbalan Perdana Menteri berkata perkara itu membabitkan masalah dalaman yayasan berkenaan dengan pihak bank.

“Saya telah arah cari jawapan kenapa (masalah itu timbul) dan saya diberitahu ia adalah masalah dalaman di antara pihak yang terbabit dengan bank itu sendiri. Kami (kerajaan) tidak terbabit dan saya percaya perkara ini dapat diselesaikan dengan baik.”

SUMBER :

Berita Harian

Harian Metro


MAINKAN PERANAN ANDA!
Sekiranya anda mempunyai maklumat mengenai berita tidak ditentusah yang melibatkan kepentingan awam mahupun negara,
Salurkan Kepada Kami

TIDAK PASTI JANGAN KONGSI