Tradisi Perkahwinan Beramai-Ramai Secara Percuma Di Terengganu Tidak Akan Diteruskan Berikutan Pertukaran Kerajaan?

TULAR:
432

PENJELASAN :

Menteri Besar Terengganu, Ahmad Samsuri Mokhtar memperjelaskan dakwaan bahawa tradisi perkahwinan beramai-ramai secara percuma tidak akan diteruskan oleh kerajaan baharu Terengganu sepertimana yang hangat diperkatakan.

Sumber gambar : Facebook

Tradisi perkahwinan beramai-ramai secara percuma yang dianjurkan oleh Kerajaan Terengganu akan diteruskan pada masa hadapan, kata Menteri Besar Ahmad Samsuri Mokhtar.

Beliau berkata meskipun ia adalah inisiatif yang dimulakan oleh kerajaan sebelumnya langkah itu diteruskan kerana terbukti ia banyak membantu golongan muda dan pasangan yang kekurangan sumber kewangan mendirikan rumah tangga.

“Mana-mana agenda yang baik dan memberi manfaat untuk rakyat kita akan teruskan mengikut kemampuan kewangan kerajaan negeri. Selepas ini mungkin akan ada pembabitan pihak swasta selain daripada kos yang ditanggung oleh kerajaan negeri. Kita turut mengalu-alukan pasangan bukan Islam yang berasal dari negeri ini untuk memohon menyertai perkahwinan perdana ini agar lebih ramai pasangan yang dapat menyertai majlis perkahwinan ini pada masa depan.”

SUMBER : 
Astro Awani

 


MAINKAN PERANAN ANDA!
Sekiranya anda mempunyai maklumat mengenai berita tidak ditentusah yang melibatkan kepentingan awam mahupun negara,
Salurkan Kepada Kami

TIDAK PASTI JANGAN KONGSI