Kementerian Pertahanan Kaji Semula Akta MKN ?

TULAR:
421

PENJELASAN:

Kementerian Pertahanan memperjelaskan laporan berhubung kenyataan Menteri Pertananan bahawa pihak Kementerian Pertahanan akan mengkaji semula Akta Majlis Keselamatan Negara (MKN) untuk dikekalkan atau dimansuhkan.

Sumber gambar: Facebook

Menurut kenyataan rasmi Kementerian Pertahanan:

Pihak Kementerian Pertahanan merujuk kepada kekeliruan yang berlaku dalam laporan media berhubung kenyataan Menteri Pertahanan dalam sesi wawancara bersama media pada 28 Jun 2018 (Khamis) bahawa Akta Majlis Keselamatan Negara (MKN) akan dikaji semula sama ada untuk dikekalkan atau dimansuhkan.

Pihak Kementerian ingin menjelaskan bahawa , kajian semula yang dinyatakan oleh Menteri Pertahanan adalah merujuk kepada Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) dan bukannya Akta MKN seperti yang dilaporkan.

Program PLKN sedang dikaji semula dan akan diputuskan oleh kabinet dalam tempoh terdekat.

SUMBER:

Facebook Rasmi Kementerian Pertahanan

Kosmo 


MAINKAN PERANAN ANDA!
Sekiranya anda mempunyai maklumat mengenai berita tidak ditentusah yang melibatkan kepentingan awam mahupun negara,
Salurkan Kepada Kami

TIDAK PASTI JANGAN KONGSI