Kejadian Kes Buli Di Sebuah Sekolah Menengah Di Ipoh?

TULAR:
1358
Gambar hiasan.Sumber gambar : PDRM

PALSU:

Tular di media sosial satu rakaman video yang mendakwa kononnya terjadi insiden buli  di sebuah sekolah menengah di Ipoh.

Sumber gambar: Facebook

SEBENARNYA:

Menurut Ketua Polis Daerah Ipoh ACP Mohd Ali Tamby berkata semakan awal pihaknya mendapati insiden yang tular itu berlaku di St. Xavier’s Institution, Pulau Pinang.

“Ia video lama dikatakan berlaku di St. Xavier’s Institution. Tiada kes sebegini di Ipoh.”

Klip video berdurasi 25 saat itu didakwa berlaku di Sekolah Menengah Buntong di sini dan ia menunjukkan seorang pelajar lelaki dibelasah serta diterajang dua individu.

SUMBER:

Astro Awani


MAINKAN PERANAN ANDA!
Sekiranya anda mempunyai maklumat mengenai berita tidak ditentusah yang melibatkan kepentingan awam mahupun negara,
Salurkan Kepada Kami

TIDAK PASTI JANGAN KONGSI