Waspada Taktik Penipuan Pelaburan ‘Deepfake’ Yang Menyamar Sebagai Individu dan Nama Syarikat Terkemuka

TULAR:
362

Menurut Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC):

Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) hari ini memberi amaran kepada orang ramai mengenai taktik penipuan pelaburan ‘deepfake’ yang dicipta melalui kecerdasan buatan (artificial intelligence/AI) untuk menyamar sebagai individu dan nama syarikat terkemuka.
SC baru-baru ini telah menemui beberapa video ‘deepfake’ di Facebook. Pelaku penipuan ini biasanya memulakan aktiviti penipuan dengan menyiarkan video ‘deepfake’ pada platform media sosial, yang kemudiannya boleh disebarkan melalui app pemesejan.

Video ini ‘menampilkan’ tokoh awam atau syarikat tertentu, dalam usaha untuk memberi kredibiliti kepada usaha mereka. Melalui penggunaan teknologi AI, video itu dimanipulasi untuk hampir menyerupai suara tokoh awam ini, termasuk pergerakan bibir, menjadikan peluang pelaburan tersebut kelihatan tulen.
Biasanya, video ‘deepfake’ ini juga akan mempromosikan pelaburan yang kononnya ditawarkan oleh syarikat yang bereputasi.

Posting tersebut juga mempunyai butang atau pautan ‘Ketahui Lebih Lanjut’, yang membawa pihak yang berminat ke halaman pendaftaran bagi mengumpulkan maklumat peribadi mereka. Orang ramai yang tidak peka dan terus mengakses pautan itu akan diminta memuat turun aplikasi, dimana ia mendedahkan mereka kepada risiko jenayah siber.

Setelah mendaftar, bakal mangsa akan dihubungi oleh ejen yang kemudian menipu mereka, dengan meminta untuk memindahkan wang atau memberikan butiran peribadi selanjutnya.

Selain itu, orang ramai dinasihatkan supaya berhati-hati dalam menilai tawaran pelaburan, termasuk memastikan mereka tidak memindahkan atau mendepositkan wang ke dalam akaun yang mencurigakan.

Pihak awam juga digalakkan untuk mengesahkan tawaran pelaburan melalui SC Investment Checker di www.sc.com.my/investment-checker.

SUMBER:

Laman Rasmi SC

Facebook Rasmi SC

Instagram Rasmi SC

X Rasmi SC

Berita Harian

Sinar Harian


MAINKAN PERANAN ANDA!
Sekiranya anda mempunyai maklumat mengenai berita tidak ditentusah yang melibatkan kepentingan awam mahupun negara,
Salurkan Kepada Kami

TIDAK PASTI JANGAN KONGSI