Waspada Terhadap Sebarang Bentuk Pelaburan Yang Ditawarkan Melalui Aplikasi Telegram

TULAR:
383

Menurut kenyataan Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK):

Masyarakat diingatkan supaya tidak mudah percaya dengan tawaran pelaburan melalui media sosial yang bersifat ‘too good to be true’ atau terlalu bagus untuk dipercayai.

Beliau menegaskan bahawa sebarang bentuk pelaburan yang ditawarkan melalui aplikasi Telegram adalah penipuan. Polis Diraja Malaysia (PDRM) sudah kerap mendedahkan mengenai kegiatan penipuan pelaburan yang berleluasa di media sosial serta Telegram, namun masih ramai terpedaya dan jumlah kerugian semakin meningkat saban tahun.

Beliau bersetuju dengan kenyataan Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil yang mengatakan isu jenayah dalam talian sangat membimbangkan dan trend itu menunjukkan jenayah tradisional sudah mula ‘berpindah’ ke alam siber, termasuk media sosial.

SUMBER:

Astro Awani

Bernama

Berita Harian

Sinar Harian

Harian Metro


MAINKAN PERANAN ANDA!
Sekiranya anda mempunyai maklumat mengenai berita tidak ditentusah yang melibatkan kepentingan awam mahupun negara,
Salurkan Kepada Kami

TIDAK PASTI JANGAN KONGSI