Waspada Sindiket Penipuan Menyalahgunakan Identiti Menteri Hal Ehwal Agama

TULAR:
154

Menurut kenyataan media Pejabat Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama):

Pejabat Menteri (Hal Ehwal Agama) mendapati gambar serta profil dan kedudukan YB Dato’ Setia Dr. Haji Mohd. Nai’im bin Haji Mokhtar, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (JPM, Hal Ehwal Agama) telah disalahguna oleh pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab.

Sehubungan dengan itu, Pejabat tersebut menafikan Menteri di JPM (Hal Ehwal Agama) terlibat dalam urusan mengajak atau mempromosikan untuk menyertai mana-mana kumpulan di media sosial terutamanya di aplikasi WhatsApp, Telegram mahupun Facebook.

SUMBER:

Facebook Rasmi Menteri JPM Hal Ehwal Agama

X Rasmi Menteri JPM Hal Ehwal Agama

Instagram Rasmi JPM


MAINKAN PERANAN ANDA!
Sekiranya anda mempunyai maklumat mengenai berita tidak ditentusah yang melibatkan kepentingan awam mahupun negara,
Salurkan Kepada Kami

TIDAK PASTI JANGAN KONGSI