Harga Runcit Ayam Mahal Kerana AP?

TULAR:
913
Sumber gambar. Jabatan Perkhidmatan Veterinar

PENJELASAN:

Jabatan Perkhidmatan Veterinar (DVS) memperjelaskan dakwaan bahaw harga runcit ayam mahal kerana AP sepertimana yang tular di media sosial.

Sumber gambar: YouTube

Menurut kenyataan Jabatan Perkhidmatan Veterinar Malaysia:

Untuk makluman, DVS hanya mengeluarkan kelulusan pengimportan untuk produk keratan ayam bagi tujuan pemprosesan tambah nilai hasilan ayam seperti burger, sosej, nugget, bebola dan sebagainya. Kelulusan pengimportan bagi ayam bulat (whole chicken) bagi tujuan jualan terus ke pasaran TIDAK DIKELUARKAN. Pengeluaran ayam di negara ini cukup untuk keperluan rakyat. Jika dibenarkan import ayam bulat maka penternak ayam di Malaysia akan mengalami kerugian dan tidak dapat meneruskan perniagaan mereka. Oleh yang demikian kenyataan PPIM yang mengatakan harga dipasaran dicampurkan dengan harga AP adalah tidak benar sama sekali.

SUMBER:

Jabatan Perkhidmatan Veterinar Malaysia

 


MAINKAN PERANAN ANDA!
Sekiranya anda mempunyai maklumat mengenai berita tidak ditentusah yang melibatkan kepentingan awam mahupun negara,
Salurkan Kepada Kami

TIDAK PASTI JANGAN KONGSI