Kerajaan Ketepikan Kepentingan SJK Cina Dan Tamil?

TULAR:
712

PENJELASAN:

Menteri Pendidikan memperjelaskan dakwaan bahawa kerajaan mengenepikan kepentingan sekolah jenis kebangsaan (SJK) Cina dan Tamil sepertimana yang hangat diperkatakan.

Sumber gambar: Facebook

Sejak tahun 2010, kerajaan sentiasa memastikan agihan peruntukan bantuan persekolahan diberikan kepada semua jenis sekolah di negara ini disalurkan secara adil tanpa berlaku sebarang ‘pilih kasih’.

Menteri Pendidikan, Datuk Seri Mahdzir Khalid berkata, dakwaan kerajaan mengenepikan kepentingan sekolah jenis kebangsaan (SJK) Cina dan Tamil selama ini tidak tepat kerana kesemua sekolah jenis itu menerima peruntukan RM50 juta setiap tahun.

Menurutnya, peruntukan itu diagihkan dengan nilai amaun sama dengan sekolah agama rakyat, sekolah masyarakat Orang Asli, sekolah mubaligh dan sekolah-sekolah lain di seluruh negara.

SUMBER:

Sinar Harian


MAINKAN PERANAN ANDA!
Sekiranya anda mempunyai maklumat mengenai berita tidak ditentusah yang melibatkan kepentingan awam mahupun negara,
Salurkan Kepada Kami

TIDAK PASTI JANGAN KONGSI