Kren Bergerak Di Tapak Projek Pembinaan LRT3 Tumbang?

TULAR:
825

PENJELASAN:

Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Asisten Komisioner Shamsul Amar Ramli memperjelaskan laporan bahawa terdapat sebuah kren bergerak di tapak projek pembinaan Transit Aliran Ringan 3 (LRT3) di Persiaran Tengku Ampuan Rahimah Klang tumbang sepertimana yang dilaporkan media.

Sumber gambar : Kosmo

Tiada kemalangan jiwa dilaporkan dan individu yang mengemudi kren itu tidak mengalami sebarang kecederaan.

Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Asisten Komisioner Shamsul Amar Ramli berkata, pihaknya menerima laporan daripada seorang lelaki mengatakan sebuah kren yang dipandu seorang lelaki tumbang.

“Akibat daripada kemalangan ini, keadaan lalu lintas sesak selama satu jam sepanjang lebih kurang tiga kilometer.”

SUMBER: 

Utusan Malaysia


MAINKAN PERANAN ANDA!
Sekiranya anda mempunyai maklumat mengenai berita tidak ditentusah yang melibatkan kepentingan awam mahupun negara,
Salurkan Kepada Kami

TIDAK PASTI JANGAN KONGSI