Kerajaan Persekutuan Enggan Serah Loji Rawatan Langat 2 Kepada Air Selangor?

TULAR:
439

PENJELASAN:

Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air (KeTTHA) memperjelaskan dakwaan bahawa kerajaan persekutuan enggan menyerahkan Loji Rawatan Langat 2 (LRAL2) kepada Pengurusan Air Selangor Sdn. Bhd. (Air Selangor), sepertimana yang tular di media sosial.

Sumber gambar: Facebook.

KeTTHA menafikan dakwaan bahawa kerajaan persekutuan enggan menyerahkan LRAL2 kepada Air Selangor, sebaliknya, Jemaah Menteri telah memutuskan pada 28 Februari 2018 supaya serahan separa LRAL2 oleh Pengurusan Aset Air Berhad (PAAB) dibuat hanya setelah Kerajaan Selangor memuktamadkan skim penstrukturan bekalan air di negeri berkenaan. Katanya, ini bagi membolehkan PAAB membangunkan aset air untuk menangani isu rizab margin air terawat yang rendah di Selangor iaitu antara kosong hingga tiga peratus.

Menurut kenyataan itu lagi, “Adalah juga adil bagi PAAB sebagai pemilik LRAL2 mengutip balik pelaburan berjumlah RM3.7 bilion bagi pembinaan loji ini melalui sewa pajakan yang akan dibayar oleh Air Selangor.”

Kenyataan turut menambah, kerajaan Selangor juga perlu komited untuk membayar balik pinjaman PAAB berjumlah RM1.6 bilion bagi pengambilalihan Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd, Puncak Niaga Sdn Bhd, Konsortium ABASS Sdn Bhd dan RM6 bilion Water Bond Selangor dan segera memuktamadkan penstrukturan semula bekalan air supaya air bersih berjumlah 565 juta liter sehari (JLH) yang dibekalkan oleh LRAL2 dapat dinikmati seluruh rakyat Selangor.

SUMBER:

Berita Harian

Utusan Malaysia


MAINKAN PERANAN ANDA!
Sekiranya anda mempunyai maklumat mengenai berita tidak ditentusah yang melibatkan kepentingan awam mahupun negara,
Salurkan Kepada Kami

TIDAK PASTI JANGAN KONGSI