PENJELASAN:
Menteri Besar Perak, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir memperjelaskan dakwaan bahawa kerajaan Perak memansuhkan 3,847 hektar hutan simpan di Perak sepertimana yang hangat diperkatakan di media sosial.
Menurut Menteri Besar Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir, seluas 3,847 hektar hutan simpan dikeluarkan daripada pewartaan pada 1998 untuk tujuan penempatan dan pertanian rakyat.
Katanya, kawasan itu diberikan kepada rakyat yang telah tinggal di kampung-kampung di situ selama 40 tahun, di samping rakyat yang mengusahakan rancangan tanah pertanian berkelompok.
Bagaimanapun, beliau menjelaskan, hasil kajian semula yang dibuat pada 2013 mendapati, jumlah kawasan itu telah dikurangkan.
“Sepatutnya golongan-golongan yang dipanggil ‘environmentalist’ berterima kasih kepada saya kerana mengurangkan lagi kawasan itu dan menyelamatkannya. Tetapi digambarkan saya telah merosakkan kawasan (hutan simpan), sedangkan Perak adalah negeri yang tertinggi sekali yang mengekalkan hutan simpan di Semenanjung Malaysia,”