Kawalan Polis Di Sempadan Negara Bakal Ditingkatkan Sepanjang PRU-14?

TULAR:
614

PENJELASAN:

Polis Diraja Malaysia (PDRM) memperjelaskan laporan bahawa pihaknya akan meningkatkan tumpuan terhadap kawalan di sempadan negara sepanjang proses Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14), sepertimana yang hangat diperkatakan.

Sumber gambar: Facebook.

Menurut Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri Dan Ketenteraman Awam (KDNKA) Bukit Aman, Datuk Seri Zulkifli Abdullah, kawalan di pelbagai sempadan negara dari Kelantan hingga Perlis, termasuk Sabah dan Sarawak akan ditingkatkan supaya tiada isu ancaman luar yang boleh mengganggu kelancaran PRU-14.

Bagaimanapun, katanya, setakat ini, pihaknya belum mendapatkan sebarang maklumat berhubung ancaman atau elemen luar yang ingin mensabotaj serta mengganggu proses pilihan raya.
Beliau berkata, “Kita mahu orang ramai yang layak mengundi yakin dengan keselamatan mereka keluar mengundi. Sebab itu, kita tingkatkan keselamatan di sempadan. Malah, kita juga mempunyai pasukan khas dari Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik serta Komersial yang bekerjasama melakukan operasi awal bagi membersihkan anasir yang boleh mengganggu gugat ketenteraman awam”.

SUMBER:

Berita Harian


MAINKAN PERANAN ANDA!
Sekiranya anda mempunyai maklumat mengenai berita tidak ditentusah yang melibatkan kepentingan awam mahupun negara,
Salurkan Kepada Kami

TIDAK PASTI JANGAN KONGSI