PENJELASAN:
Kerajaan Sabah memperjelaskan dakwaan bahawa pihaknya telah memberi kewarganegaraan kepada pendatang asing tanpa izin (PATI), sepertimana yang hangat diperkatakan.
Menurut Timbalan Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Madius Wilfred Tangau, dakwaan bahawa wujud pemberian kewarganegaraan kepada PATI adalah tidak benar, sebaliknya, kerajaan baharu Sabah ketika ini sangat teliti mengenai isu PATI dan usaha untuk menanganinya dipergiatkan pada setiap masa melalui saluran undang-undang sedia ada.
“Semua ini tidak betul (beri kewarganegaran kepada PATI) dan rakyat perlu yakin bahawa kerajaan yang ada pada hari ini tetap memastikan supaya peraturan dan undang-undang yang berkaitan dilaksanakan dengan sebaik-baiknya. Kami tidak akan biarkan pemberian mana-mana kewarganegaraan tanpa mengikut peraturan dan undang-undang dan saya sendiri akan memastikan peraturan dan undang-undang di negeri ini dilaksana dengan baik.”
Datuk Seri Madius turut menyarankan agar mana-mana pihak atau rakyat di negeri ini yang mempunyai maklumat dan bukti mengenai sebarang pelanggaran undang-undang di negara ini untuk melaporkan kepada pihak berkuasa.
SUMBER :