Projek Naik Taraf Dewan Bedah Hospital Pulau Pinang Lewat Disiapkan?

TULAR:
904

PENJELASAN :

Jabatan Kesihatan Negeri Pulau Pinang memperjelaskan laporan bahawa projek menaiktaraf dewan bedah di Hospital Pulau Pinang telah lewat disiapkan, sepertimana yang tular di media sosial.

Sumber gambar: Facebook.

Menurut kenyataan rasmi dari Jabatan Kesihatan Negeri Pulau Pinang:

Jabatan Kesihatan Negeri Pulau Pinang telah menerima beberapa pertanyaan yang mendakwa pengubahsuaian Dewan Bedah Hospital Pulau Pinang (HPP) telah mengalami kelewatan selama 15 bulan. lni mengakibatkan tempoh menunggu pesakit untuk menjalani pembedahan memakan masa yang lebih panjang.

JKNPP mengambil maklum tentang persoalan tersebut dan ingin menjelaskan bahawa projek projek naik taraf Hospital Pulau Pinang (HPP) Fasa 2 mempunyai lima (5) skop kerja yang perlu dilaksanakan dalam tempoh 24 bulan mulai 17hb Februari 2016 sehingga 18hb Februari 2018. Antara skop kerja yang teilibat adalah seperti senarai di bawah:

a. Naiktaraf Kompleks Steril di Stor Intergrasi Lama (CDR/TPN)

b. Naiktaraf Sistem Penyaman Udara Fasa 2 di Blok B

c. Naiktaraf Sistem Penyaman Udara dan Sistem Elektrik di Dewan Bedah Utama

d. Naiktaraf Bangunan PICU

e. Naiktaraf Sistem Gas Perubatan

Dewan Bedah Utama (GOT) HPP telah diserahkan kepada pihak kontraktor pada 5hb Disember 2016. Mengikut terma kontrak, kontraktor harus menyerahkan balik fasiliti tersebut kepada Kementerian Kesihatan Malaysia sebelum atau pada tarikh tamat kontrak, iaitu 18hb Februari 2018.

Untuk mengatasi masalah penutupan sementara GOT, HPP telah memberhentikan kes-kes rawatan harian sementara di Dewan Bedah ACC dan kesemua 7 Dewan Bedah di ACC telah beroperasi sepanjang masa. 3 dewan bedah dikhususkan untuk kes-kes kecemasan dan beroperasi sepanjang 24 jam,  manakala 4 dewan bedah lagi digunakan untuk menjalankan kes-kes elektif dan beroperasi dari pukul 8 pagi sehingga 10 rnalam.

Selain itu, kes-kes elektif juga dijalankan di 2 dewan bedah di Hospital Kepala Batas yang beroperasi dari 8.00 pagi sehingga 5.00 petang dan 1 dewan bedah di Hospital Bukit Mertajam pada setiap hari Isnin, Rabu dan Jumaat 8.00 pagi sehingga 5.00 petang. Statistik telah menunjukkan bahawa tiada gangguan dari segi kes-kes kecemasan di mana bilangan kes kecemasan yang telah dijalankan adalah sama seperti sebelum penutupan GOT. Terdapat penurunan lebih kurang 30, dari kes-kes elektif yang telah dijalankan dan ini adalah disebabkan oleh penangguhan kes-kes rawatan harian dan juga kes-kes bukan kecemasan.

Semasa projek ini dijalankan, didapati bahawa terdapat beberapa kelemahan dari segi rekabentuk asal GOT yang tidak mematuhi keperluan dari segi spesifikasi teknikal semasa. Untuk menjamin keselamatan pesakit dan anggota HPP, KKM telah bersetuju untuk menambah skop kerja untuk GOT dan Arahan Perubahan Kerja telah dikeluarkan oleh pihak Jabatan Kerja Rays pada 12hb Jun 2018. Kerja-kerja tambahan tersebut dijangka siap pada 12hb Disember 2018.

SUMBER :

Jabatan Kesihatan Pulau Pinang


MAINKAN PERANAN ANDA!
Sekiranya anda mempunyai maklumat mengenai berita tidak ditentusah yang melibatkan kepentingan awam mahupun negara,
Salurkan Kepada Kami

TIDAK PASTI JANGAN KONGSI