PENJLEASAN:
Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) memperjelaskan dakwaan bahawa kerajaan tidak lagi memberi subsidi kepada rakyat bagi menangani kenaikan kos sara hidup, sepertimana yang hangat diperkatakan.
Menurut Timbalan Menteri KPDNKK, Datuk Henry Sum Agong, kerajaan menampung jumlah subsidi melebihi RM2 bilion setahun bagi menangani peningkatan kos sara hidup rakyat, melibatkan barangan keperluan asas seperti gula, minyak masak, tepung gandum, beras dan gas memasak (LPG) supaya ia dapat dijual di pasaran pada harga yang ditetapkan.
Beliau berkata, pelbagai inisiatif dan program diambil kerajaan bagi memastikan isu peningkatan kos sara hidup rakyat dapat dikawal dengan pelaksanaan Skim Kawalan Harga Musim Perayaan, program Penyeragaman Harga Barang, Kedai Rakyat 1Malaysia (KR1M) melalui KR1M 2.0 dan MyFarm Outlet, selain pemantauan dan penguatkuasaan berterusan dari pihak KPDNKK.