Pembalakan Hutan Haram Skala Besar Berleluasa Di Kelantan?

TULAR:
1212

PENJELASAN:

Timbalan Menteri Besar Kelantan, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah, memperjelaskan dakwaan bahawa terdapat pembalakan hutan haram berskala besar berleluasa di Kelantan sepertimana yang hangat diperkatakan.

Sumber gambar : Facebook

Menurut Datuk Mohd Amar Nik Abdullah, tiada kes pembalakan haram pada skala besar di Hutan Simpan Kelantan sejak 2014 hingga tahun 2017.

Beliau berkata berdasarkan rekod Jabatan Perhutanan Negeri Kelantan (JPNK), dalam tempoh itu hanya berlaku beberapa penerokaan haram secara kecil-kecilan.

“Hanya ada beberapa kes penerokaan haram dan penebangan tanpa menggunakan jentera berat membabitkan orang kampung yang masuk ke dalam hutan melakukan penerokaan hutan dan kesilapan pembalak berlesen yang membalak di luar sempadan. Secara umumnya secara skala besar-besaran (pembalakan haram) memang tidak berlaku dan kalau ada tuduhan pembalakan itu, memang tidak benar.”

SUMBER: 

Utusan Online

Berita Harian


MAINKAN PERANAN ANDA!
Sekiranya anda mempunyai maklumat mengenai berita tidak ditentusah yang melibatkan kepentingan awam mahupun negara,
Salurkan Kepada Kami

TIDAK PASTI JANGAN KONGSI