Denda Sekiranya Gagal Melaporkan Kes Penderaaan Kanak-Kanak?

TULAR:
687

PENJELASAN:

Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat memperjelaskan laporan bahawa individu yang gagal melaporkan kes penderaan kanak-kanak bakal berdepan hukuman.

Gambar hiasan : Sumber : Pexels

Menurut Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Azizah Mohd Dun, kewajipan itu selaras pindaan Akta Kanak-Kanak 2001, yang diluluskan pada 2016.

Sehubungan itu, katanya, tiga pihak, iaitu pengamal perubatan, ahli keluarga dan pengasuh, masing-masing mengikut Seksyen 27, 28 dan 29 Akta Kanak-Kanak Pindaan 2016, wajib melaporkan sebarang kes penderaan.

“Hukuman penjara dan denda boleh diambil terhadap mereka yang tidak melaporkan atau mempunyai sebab munasabah berlakunya kes penderaan membabitkan kanak-kanak.”

SUMBER: 

Berita Harian

Astro Awani


MAINKAN PERANAN ANDA!
Sekiranya anda mempunyai maklumat mengenai berita tidak ditentusah yang melibatkan kepentingan awam mahupun negara,
Salurkan Kepada Kami

TIDAK PASTI JANGAN KONGSI