Waspada Negara Siap Sedia Hadapi Cuaca Panas dan El Nino Kuat

TULAR:
3

Menurut Kementerian Sumber Asli Dan Kelestarian Aalam (NRES):

Melalui Mesyuarat Jawatankuasa Induk Jerebu dan Cuaca Kering Kebangsaan (JIJCKK) Bil. 1 Tahun 2026, Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam, Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) dan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) telah membentangkan strategi dan tindakan kesiapsiagaan yang perlu dilaksanakan dengan kerjasama semua Kementerian, Jabatan dan Agensi terlibat serta Kerajaan Negeri dalam menghadapi cuaca panas dan kering serta El Niño ini.

(i) Kementerian, Jabatan, Agensi dan Kerajaan Negeri:

(a) perlu melaksanakan persediaan melalui mesyuarat koordinasi bagi memastikan tindakan awal yang berkesan dan efektif;

(b) perlu mempertingkatkan langkah-langkah pencegahan dan pemantauan secara berterusan bagi mengekang pembakaran terbuka dan jerebu serta kejadian kebakaran berulang; dan

(c) akan memastikan kesiapsiagaan infrastruktur tanah gambut, jentera dan sumber manusia bagi memastikan sebarang insiden kebakaran dapat dipadamkan dengan segera bagi mengelak jerebu tempatan.

(ii) semua pihak perlu sentiasa peka dengan maklumat cuaca yang dikeluarkan oleh MET Malaysia melalui laman web rasmi dan aplikasi myCuaca serta maklumat kualiti udara melalui portal APIMS JAS dan aplikasi MyJAS EQMP; dan

(iii) pihak JBPM telah bersedia dengan persiapan logistik dan sumber manusia untuk digerakkan bagi menghadapi impak Monsun Barat Daya ini. Manakala pihak NADMA, MET Malaysia dan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) akan bersiap siaga melaksanakan Operasi Pembenihan Awan di kawasan terjejas tertakluk kepada kesesuaian keadaan atmosfera.

SUMBER:

Facebook Rasmi NRES

Instagram Rasmi NRES

X Rasmi NRES


MAINKAN PERANAN ANDA!
Sekiranya anda mempunyai maklumat mengenai berita tidak ditentusah yang melibatkan kepentingan awam mahupun negara,
Salurkan Kepada Kami

TIDAK PASTI JANGAN KONGSI