Makluman: Peruntukan keseluruhan bagi STR, SARA Bulanan dan SARA Untuk Semua pada 2026

TULAR:
6

Menurut kenyataan Kementerian Kewangan (MOF):

Ketika dunia berdepan ketidaktentuan, langkah awal yang dilaksanakan Kerajaan membantu melindungi rakyat dan mengurangkan tekanan ekonomi global.

Melalui STR, SARA Bulanan dan SARA Untuk Semua, Kerajaan MADANI memastikan bantuan disalurkan bagi membantu rakyat menghadapi cabaran kos sara hidup.

Membantu meringankan beban kos sara hidup rakyat

  • 5.2 juta penerima menerima sehingga RM2,200 setahun
  • Bayaran STR Fasa 3 dijangka disalurkan pada Ogos 2026
  • Turut menerima SARA Bulanan
  • Manfaat lain termasuk Skim Khairat Kematian, Skim Perlindungan mySalam dan PeKa B40

Bantuan bulanan melalui MyKad untuk pembelian barangan keperluan asas

  • 8.3 juta penerima menerima antara RM600 sehingga RM2,400 setahun
  • Lebih RM3 bilion telah dibelanjakan oleh penerima (setakat 11 Jun 2026)
  • 15 kategori barangan meliputi lebih 140,000 barangan asas

SARA Untuk Semua

  • 22 juta rakyat Malaysia berumur 18 dan ke atas
  • RM100 secara one-off boleh digunakan sehingga 31 Disember 2026
  • Lebih RM1.7 bilion telah dibelanjakan oleh rakyat (setakat 11 Jun 2026)
  • 15 kategori barangan meliputi lebih 140,000 barangan asas

Belanjawan 2026 Malaysia MADANI

  • RM15 Bilion
  • Peruntukan keseluruhan bagi STR, SARA Bulanan dan SARA Untuk Semua pada 2026
  • Ketika dunia berdepan ketidaktentuan akibat konflik di Asia Barat, langkah awal Kerajaan melalui pelbagai bantuan membantu melindungi rakyat daripada tekanan krisis bekalan global.

SUMBER:

Facebook Rasmi MOF


MAINKAN PERANAN ANDA!
Sekiranya anda mempunyai maklumat mengenai berita tidak ditentusah yang melibatkan kepentingan awam mahupun negara,
Salurkan Kepada Kami

TIDAK PASTI JANGAN KONGSI