Keratan Akhbar Dakwa Musim Sejuk Akan Melanda Malaysia Adalah Berita Tidak Benar Yang Ditularkan Semula

TULAR:
2508

SEBENARNYA:

Menurut siaran media Jabatan Meteorologi Malaysia (MET Malaysia):

MET Malaysia menafikan penularan maklumat cuaca berkaitan musim sejuk seperti Kota London bakal landa Malaysia pada Februari akan datang di pelbagai platform media sosial serta WhatsApp adalah berita lama 2016 yang diulang siar dan maklumat palsu.

Keadaan cuaca sejuk yang dialami di kebanayak kawasan di Semenanjung terutamanya Pantai Timur dan Pantai Barat pada ketika ini adalah disebabkan cuaca lembap dan mendung yang berterusan dalam tempoh beberapa hari akibat luruan angin sejuk yang melanda negara.

Selain itu, keadaan rantau negara yang berawan dan tiada sinaran matahari secara terus untuk tempoh beberapa hari yang lepas turut menyumbang kepada berlakunya keadaan cuaca yang lebih sejuk daripada biasa.

Pada 3 Januari 2021, suhu harian minimum terendah yang direkodkan di Terengganu, Pahang dan Johor ialah 21 – 22 darjah celcius. Walau bagaimanapun, keadaan ini adalah biasa apabila hujan dan mendung berlaku sepanjang hari.

SUMBER:

Facebook Rasmi MET Malaysia


MAINKAN PERANAN ANDA!
Sekiranya anda mempunyai maklumat mengenai berita tidak ditentusah yang melibatkan kepentingan awam mahupun negara,
Salurkan Kepada Kami

TIDAK PASTI JANGAN KONGSI