Tiada Arahan Jalani Ujian Pengesanan COVID-19 Kepada Pengunjung Cameron Highlands

TULAR:
1481

Menurut Jabatan Kesihatan Negeri (JKN) Pahang:

Jabatan Kesihatan Negeri (JKN) Pahang ingin merujuk kepada mesej tular yang disebar melalui aplikasi Whatsapp dan Facebook berhubung penutupan premis akibat COVID-19 di daerah Cameron Highland dan pengeluaran arahan menjalankan ujian pengesanan COVID-19.

Untuk makluman, JKN Pahang telah mengesan satu (1) kes positif COVID-19 di daerah Cameron Highland, Pahang. Kes tersebut telah dimasukkan ke hospital untuk rawatan selanjutnya. Berdasarkan pergerakan kes, pihak JKN Pahang melalui Pejabat Kesihatan Daerah Cameron Highland telah mengenal pasti tempat-tempat yang dikunjungi kes dan ‘Notis Perintah Tutup Premis’ telah dikeluarkan bagi tujuan pelaksanaan aktiviti nyah kuman dan nyah cemar. Pihak JKN Pahang juga telah menjalankan aktiviti pengesanan kontak secara aktif dan kontak-kontak rapat telah diasingkan dan disaring untuk ujian pengesanan COVID-19.

Justeru itu, tiada arahan untuk menjalankan ujian pengesanan COVID-19 di klinik kesihatan dikeluarkan seperti yang ditularkan.

SUMBER:

Bernama
Facebook Rasmi JKN Pahang
Berita Harian
Sinar Harian


MAINKAN PERANAN ANDA!
Sekiranya anda mempunyai maklumat mengenai berita tidak ditentusah yang melibatkan kepentingan awam mahupun negara,
Salurkan Kepada Kami

TIDAK PASTI JANGAN KONGSI