Kertas Undi Tiada Cop Di Pusat Mengundi?

TULAR:
985

PENJELASAN:

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) memperjelaskan dakwaan kononnya terdapat kertas undi tidak dicop di Pusat Mengundi, sepertimana yang tular di media sosial.

Sumber gambar: Facebook

Menurut kenyataan SPR:

SPR telah membuat semakan berkaitan isu tular kertas undi tidak dicop yang dikatakan berlaku di sebuah Pusat Mengundi. Hasil semakan mendapati ianya tidak berlaku sepertimana yang ditularkan.

Pengundi diminta agar tidak terpedaya dengan mesej tular ini yang kononnya SPR telah melakukan penipuan dengan cara sedemikian kerana proses ini turut disaksikan oleh semua pihak berkepentingan termasuk ejen-ejen calon.

SPR percaya mesej tular tersebut cuba untuk menimbulkan situasi panik dan curiga dikalangan pengundi terhadap SPR.

SUMBER:

Laman Rasmi SPR


MAINKAN PERANAN ANDA!
Sekiranya anda mempunyai maklumat mengenai berita tidak ditentusah yang melibatkan kepentingan awam mahupun negara,
Salurkan Kepada Kami

TIDAK PASTI JANGAN KONGSI