Serangan Panggilan SPAM Terhadap Beberapa Pihak?

TULAR:
723

PENJELASAN:

Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) memperjelaskan laporan berhubung panggilan spam yang diterima oleh pelbagai pihak, sepertimana yang tular di media sosial.

Sumber gambar: Twitter

MCMC dalam satu kenyataan berkata, hasil siasatan awal yang dijalankan mendapati, keadaan itu diakibatkan oleh punca teknikal daripada serangan BOTS yang dimulakan secara ‘anonymous’ daripada pelbagai sumber dengan sasarannya yang berbeza-beza tanpa mengira parti-parti politik.

Sehubungan dengan itu, MCMC meminta semua pihak untuk berhenti melakukan perbuatan sedemikian dan berhenti menggunakan serangan-serangan teknikal itu kerana tindakan berkenaan dikhuatiri boleh menjejaskan rangkaian telekomunikasi sekaligus menyusahkan orang awam dan mengundang masalah keselamatan. Kepada mereka yang ada menerima panggilan-panggilan sedemikian, anda adalah dinasihatkan untuk tidak menjawabnya.

Dalam pada itu, pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) dalam satu kenyataan berkata, ekoran serangan BOTS yang menyebabkan berlakunya gangguan kepada talian komunikasi pemimpin-pemimpin kerajaan dan parti politik, serta juga agensi-agensi tertentu, PDRM akan menjalankan siasatan terperinci dengan kerjasama pihak MCMC.

Serangan BOTS ini dilihat sebagai satu usaha oleh pihak yang tidak bertanggungjawab untuk mewujudkan ketidaktenteraman serta menjejaskan proses pilihan raya.

SUMBER:

Facebook Rasmi MCMC

Facebook Rasmi PDRM


MAINKAN PERANAN ANDA!
Sekiranya anda mempunyai maklumat mengenai berita tidak ditentusah yang melibatkan kepentingan awam mahupun negara,
Salurkan Kepada Kami

TIDAK PASTI JANGAN KONGSI