SEBENARNYA:
Menurut kenyataan Jabatan Kesihatan Negeri Terengganu:
Pernyataan ini merujuk kepada satu kenyataan yang dimuat naik di laman sosial Facebook ‘Anak2 Jerteh , Besut (AAJB)’ berkenaan kononnya “Pesakit Coronavirus/COVID-19 ada di Hospital Jerteh dalam Wad 7 dan mangsa baru balik dari Jepun”
Pihak Jabatan ini menafikan sepenuhnya kenyataan tersebut. Sehingga 11 Mac 2020, tiada kes disahkan COVID-19 yang dirawat di mana-mana hospital di Negeri Terengganu
SUMBER:
Facebook Rasmi Jabatan Kesihatan Negeri Terengganu