PALSU :
Tular di media sosial dakwaan bahawa terdapat kes rompakan ATM di sebuah bank di Jalan Kampung Baru, Sungai Petani.
SEBENARNYA :
Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Asisten Komisoner Md Zukir Md Isa menafikan maklumat yang tersebar mengenai rompakan di sebuah bank di Jalan Kampung Baru, Sungai Petani.
Hasil pemeriksaan menunjukkan kedua-dua lelaki itu membuat kerja menukar mesin ATM di bank terbabit dan mereka turut menunjukkan dokumen dari bank sebagai bukti. Pihak bank terbabit yang dihubungi oleh pihak Polis mengesahkan ada kerja menukar mesin ATM di premis itu.
SUMBER :