Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga Dan Masyarakat Taja Ekspedisi Wanita ke Antartika (AWETA)?

TULAR:
562

PALSU :

Tular di media sosial dakwaan bahawa Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) memberi tajaan sebanyak US$1 juta untuk program Ekspedisi Wanita ke Antartika (Aweta) 2018.

Sumber gambar: Facebook.


SEBENARNYA :

Kementerian Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) menafikan menaja program itu seperti yang tular di media sosial . Menurut kenyataan itu lagi,  tajaan bagi program itu diuruskan sendiri oleh pihak Ekspedisi Wanita ke Antartika (Aweta) dengan mendapatkan tajaan daripada s yarikat korporat dan swasta yang berpotensi.

“KPWKM ingin menegaskan isu tersebut adalah tidak benar kerana fungsi KPWKM khususnya Menteri (Datuk Seri Rohani Abdul Karim) adalah sebagai penasihat program ” katanya.

 

SUMBER :

Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat

Bernama

Sinar Harian


MAINKAN PERANAN ANDA!
Sekiranya anda mempunyai maklumat mengenai berita tidak ditentusah yang melibatkan kepentingan awam mahupun negara,
Salurkan Kepada Kami

TIDAK PASTI JANGAN KONGSI