Penjelasan Isu ‘Program Permohonan Kewarganegaraan’

TULAR:
459

Menurut kenyataan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN):

JPN ingin memaklumkan program yang dihebahkan tidak melibatkan pihak Jabatan sama sekali.

lanya bukan anjuran bersama JPN, malah tiada jemputan penyertaan JPN ke program terbabit.

JPN juga ingin menjelaskan di mana permohonan berkaitan kewarganegaraan hanya boleh dibuat di kaunter Pejabat JPN sahaja dengan kehadiran pemohon itu sendiri.

JPN sentiasa ingin menegaskan penganugerahan taraf kewarganegaraan merupakan
anugerah tertinggi oleh Kerajaan Malaysia kepada mereka yang benar-benar layak dan memenuhi syarat.

Proses yang dilaksanakan oleh Kerajaan tertakluk kepada Perlembagaan Persekutuan dan selari dengan undang-undang yang berkuat kuasa bagi memastikan kedaulatan dan keselamatan negara terjamin.

SUMBER:

Facebook Rasmi JPN

X Rasmi JPN

Instagram Rasmi JPN


MAINKAN PERANAN ANDA!
Sekiranya anda mempunyai maklumat mengenai berita tidak ditentusah yang melibatkan kepentingan awam mahupun negara,
Salurkan Kepada Kami

TIDAK PASTI JANGAN KONGSI