Runtuhan Sebahagian Rumah Di Kampung Baru Ringlet, Cameron Highlands Kerana Banjir Kilat?

TULAR:
912

PALSU:

Tersebar luas di media sosial dakwaan bahawa kesan runtuhan sebahagian rumah di Kampung Baru Ringlet adalah disebabkan banjir kilat yang berlaku di Cameron Highlands.

Sumber gambar: Facebook.

SEBENARNYA:

Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Cameron Highlands menafikan kesan runtuhan sebahagian rumah di Kampung Baru Ringlet, adalah disebabkan banjir kilat.

Jurutera Daerah JPS Cameron Highlands Tengku Suhaili Tengku Abas berkata runtuhan sebahagian rumah berhampiran Sungai Ringlet itu disebabkan penduduk kawasan itu yang merobohkan sendiri kediaman mereka untuk pelaksanaan projek Rancangan Tebatan Banjir (RTB).

Menurut beliau “Notis pengosongan membabitkan 31 kediaman telah dikeluarkan kepada penduduk pada 5 April lalu yang telah menerima pampasan bagi memberi laluan kerja-kerja melaksanakan projek tebatan banjir yang akan bermula Julai ini. Penduduk tidak mahu kontraktor yang robohkan rumah mereka sebab ada sesetengah rumah sahaja yang bahagian tertentu dirobohkan bagi projek RTB.”

SUMBER:

Sinar Harian


MAINKAN PERANAN ANDA!
Sekiranya anda mempunyai maklumat mengenai berita tidak ditentusah yang melibatkan kepentingan awam mahupun negara,
Salurkan Kepada Kami

TIDAK PASTI JANGAN KONGSI