PALSU:
Tular di media sosial dakwaan kononnya Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) meminta jemaah haji yang ditaja 1MDB memulangkan semula wang tersebut menerusi laman Twitter beliau.
SEBENARNYA:
Menurut Ketua Pesuruhjaya SPRM, Latheefa Beebi Koya, beliau menafikan ada mengeluarkan ciapan meminta jemaah haji yang ditaja 1MDB memulangkan semula wang tersebut.
Menerusi laman Twitter beliau, Latheefa menciap ringkas: “Ini adalah palsu!” dan berkongsikan tangkap layar mendakwa beliau mengeluarkan kenyataan sedemikian.
SUMBER:
Twitter Rasmi Ketua Pesuruhjaya SPRM