Bayi Kritikal Kemalangan Melibatkan Ambulans Hospital Melaka?

TULAR:
1020

PENJELASAN:

Jabatan Kesihatan Negeri Melaka memperjelaskan laporan berhubung insiden kemalangan yang melibatkan sebuah ambulans Hospital Melaka.

Sumber gambar: Facebook

Menurut Pengarah Kesihatan Negeri Melaka,
Dr Rushidi bin Ramly, insiden kemalangan tersebut berlaku pada 25 Jun 2019 (Selasa) pada jam 3.10 petang di Lebuh Ayer Keroh, iaitu dalam jarak 1.1 km selepas plaza tol Ayer Keroh.

Mangsa yang telah dikenalpasti terlibat dalam kemalangan ini iaitu terdiri daripada seorang pemandu ambulans, Pegawai Perubatan, Jururawat Terlatih dan bayi berusia 48 hari. Insiden ini berlaku ketika ambulans tersebut dalam perjalanan membawa pulang pesakit (bayi) yang telah mendapatkan rawatan di Institut Jantung Negara (IJN), Kuala Lumpur.

Keempat-empat mangsa telah dibawa ke Jabatan Kecemasan dan Trauma Hospital Melaka untuk rawatan lanjut. Hanya Pegawai Perubatan sahaja yang telah mengalami kecederaan dan keadaannya stabil, manakala dua lagi mangsa kemalangan telah dirawat sebagai pesakit luar.

Tiada kecederaan didapati berlaku kepada bayi seperti yang ditularkan di dalam media sosial. Orang ramai dipohon mengelak menyebarkan maklumat tidak benar mengenai kejadian ini.

SUMBER:

Facebook Rasmi Jabatan Kesihatan Negeri Melaka

Sinar Harian


MAINKAN PERANAN ANDA!
Sekiranya anda mempunyai maklumat mengenai berita tidak ditentusah yang melibatkan kepentingan awam mahupun negara,
Salurkan Kepada Kami

TIDAK PASTI JANGAN KONGSI