Hari Kelepasan Am Tambahan Pada 30 Julai 2019, Sempena Istiadat Pertabalan Seri Paduka Baginda YDPA XVI?

TULAR:
2870
Sumber gambar: Free Malaysia Today

PENJELASAN:

Ketua Setiausaha Negara ke-14, Datuk Seri Dr. Ismail Bakar mengumumkan hari kelepasan am tambahan bagi seluruh negara pada hari Selasa, 30 Julai 2019 bersempena Istiadat Pertabalan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong XVI.

Sumber gambar: Facebook

Menurut kenyataan rasmi Pejabat Ketua Setiausaha Negara:

Adalah dimaklumkan bahawa Kerajaan telah memutuskan supaya Hari Pertabalan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong XVI pada Selasa, 30 Julai 2019 diisytihar sebagai Hari Kelepasan Am Tambahan bagi seluruh negara.

Pengisytiharan Hari Kelepasan Am Tambahan ini dibuat berdasarkan seksyen 8 Akta Hari Kelepasan Am 1951 [Akta 369] bagi Semenanjung Malaysia dan Wilayah Persekutuan Labuan. Manakala bagi Sabah dan Sarawak, tindakan akan diambil oleh kerajaan-kerajaan negeri tersebut mengikut undang-undang negeri masing-masing.

SUMBER:

Facebook Rasmi Ketua Setiausaha Negara ke-14


MAINKAN PERANAN ANDA!
Sekiranya anda mempunyai maklumat mengenai berita tidak ditentusah yang melibatkan kepentingan awam mahupun negara,
Salurkan Kepada Kami

TIDAK PASTI JANGAN KONGSI