Sindiket Culik Dan Jual Organ Kanak-Kanak?

TULAR:
3145
Sumber gambar : PDRM

PALSU:

Tular kembali di media sosial sebuah mesej yang dikitar semula, dengan dakwaan bahawa kanak-kanak di bawah umur 15 tahun kini menjadi sasaran utama penculikan bagi tujuan mendapatkan organ mereka.

Sumber Gambar : WhatsApp

SEBENARNYA:

Menurut kenyataan rasmi Polis Diraja Malaysia (PDRM):

Polis Diraja Malaysia (PDRM) memandang serius tindakan pihak tidak bertanggungjawab yang menularkan berita-berita palsu mengenai dakwaan bahawa terdapat sindiket yang terlibat dalam aktiviti menculik kanak-kanak untuk tujuan penjualan organ. Walaupun pihak polis telah beberapa kali membuat kenyataan bahawa tidak wujud kegiatan sedemikian di Malaysia, berita-berita tersebut masih lagi ditularkan dari semasa ke semasa.

Masyarakat harus maklum bahawa pemindahan organ hanya boleh dilakukan secara sah oleh pakar perubatan dan bukannya sembarangan orang, lebih-lebih lagi “pemandu van putih” yang sering dikaitkan dengan kegiatan menculik kanak-kanak untuk tujuan mendapatkan organ mereka.

Pemindahan organ juga hanya boleh dilakukan mengikut prosedur-prosedur pembedahan yang ditetapkan. PDRM sekali lagi menasihatkan orang ramai supaya tidak menyebar atau berkongsi maklumat palsu kerana tindakan tersebut bukan sahaja tidak bertanggungjawab, tetapi turut menjejaskan ketenteraman awam serta membangkitkan keresahan dalam kalangan masyarakat.

SUMBER:

Facebook Rasmi PDRM



MAINKAN PERANAN ANDA!
Sekiranya anda mempunyai maklumat mengenai berita tidak ditentusah yang melibatkan kepentingan awam mahupun negara,
Salurkan Kepada Kami

TIDAK PASTI JANGAN KONGSI