PENJELASAN :
Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) memperjelaskan laporan bahawa terdapat kilang bebola ikan yang menggunakan logo halal palsu Jakim sepertimana yang dilaporkan media.
Menurut Ketua Pejabat KPDNKK Cawangan Sungai Petani, Mazlan Safar, hasil pemeriksaan mendapati pembungkus yang digunakan untuk produk itu tertera tanda halal yang tidak mendapat kelulusan daripada JAKIM.
“Siasatan juga mendapati pengusaha premis di Jalan Pinang Tunggal tersebut tidak pernah memohon mendapatkan sijil halal itu sejak beroperasi lebih 10 tahun lalu. Kita merampas dan menyita 13,000 plastik pembungkus yang tertera tanda logo halal dalam tulisan jawi yang berjumlah RM1,300 itu.”
Menurutnya, kilang itu juga dikesan tidak mengemaskini maklumat peraturan baharu di bawah Seksyen 8(b) Akta Perihal Dagangan (Perakuan dan Penandaan Halal) 2011.
SUMBER :