Paip Gas Petronas Bocor Di Lawas, Sarawak?

TULAR:
716
Gambar hiasan. Sumber: wikimedia.org

PENJELASAN :

Pihak Petronas memperjelaskan laporan bahawa paip gas milik Petronas berdekatan Long Luping di Lawas, utara Sarawak, dikesan mengalami kebocoran sepertimana yang dilaporkan media.

Sumber gambar : Facebook

Menurut Petronas, ia telah mengesahkan kejadian dan berkata, pasukan kecemasan syarikat sudah dikerah ke lokasi bagi mengawal keadaan.

Secara keseluruhan kebocoran itu terkawal. Semua agensi berkaitan sudah pun dimaklumkan mengenai insiden berkenaan.

Tiada pencemaran berlaku manakala penduduk sekitar disahkan selamat.

SUMBER : 
Berita Harian

Utusan Borneo


MAINKAN PERANAN ANDA!
Sekiranya anda mempunyai maklumat mengenai berita tidak ditentusah yang melibatkan kepentingan awam mahupun negara,
Salurkan Kepada Kami

TIDAK PASTI JANGAN KONGSI