MAIWP Hanya Memberikan Bantuan Zakat Kepada Pelajar Jurusan Agama Sahaja?

TULAR:
604

PALSU:

Tular di media sosial dakwaan kononya Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) hanya menyalurkan bantuan zakat kepada pelajar jurusan agama sahara.

Gambar hiasan. Sumber : Facebook

SEBENARNYA:

Menurut MAIWP, dakwaan tersebut adalah tidak tepat. MAWIP sejak awal lagi telah menyalurkan bantuan zakat kepada pelajar-pelajar dalam bidang kritikal dan professional seperti perubatan, kejuruteraan, perbankan, perakaunan dan lain-lain lagi.

Daripada keseluruhan bilangan penerima bantuan zakat MAIWP di peringkat pengajian tinggi, sebanyak 5,890 pelajar atau 66% daripada penerima zakat di institusi pengajian tinggi merupakan penuntut dalam bidang bukan pengajian Islam.

MAWIP juga menyatakan, MAWIP telah menubuhkan dua buah institusi pengajjian tinggi swasta (IPTS) dan Kolej Antarabangsa Sains Perubatan PUSRAWI (PICOMS). Kedua-dua IPTS tersebut memfokuskan kepada bidang pengajian dan perubatan.

SUMBER : 

Facebook Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) 


MAINKAN PERANAN ANDA!
Sekiranya anda mempunyai maklumat mengenai berita tidak ditentusah yang melibatkan kepentingan awam mahupun negara,
Salurkan Kepada Kami

TIDAK PASTI JANGAN KONGSI