PALSU :
Tular di media sosial dakwaan bahawa sebuah kilang Lynas terbakar akibat gas ymudah terbakar yang disimpan di stor belakang kilang dan telah menyebabkan keadaan jerebu yang tebal di bandar Kuantan.
SEBENARNYA :
Jabatan Bomba dan Penyelamat Pahang menafikan khabar angin mengenai kebakaran kilang Lynas yang disebarkan melalui sistem pesanan ringkas (SMS), blog dan facebook.
Timbalan Pengarahnya, Nazili Mahmood berkata, kebakaran itu hanya membabitkan kawasan hutan berdekatan sahaja dan tidak merebak ke kawasan kilang di Gebeng.
“Saya memantau kebakaran di situ dan sehingga kini keadaan terkawal kerana anggota bomba sentiasa menjalankan tugas dengan kerja-kerja pemadaman,” kata beliau.
SUMBER :
Utusan Online