Penyokong Bola Sepak Pahang Maut Dalam Pergaduhan Dengan Penyokong Pasukan JDT?

TULAR:
540
Sumber gambar : PDRM

PALSU :

Tular di media sosial dakwaan seorang penyokong bola sepak negeri Pahang maut dalam pergaduhan dengan penyokong pasukan Johor Darul Takzim (JDT).

Sumber gambar : Facebook


SEBENARNYA :

Polis negeri Pahang menafikan dakwaan yang disiarkan dalam beberapa laman sosial kononnya seorang penyokong bola sepak Pahang maut dalam pergaduhan dengan penyokong pasukan Johor Darul Takzim (JDT).

Timbalan Ketua Polis Daerah Kuantan Supt Abdul Aziz Ahmad berkata, sehingga kini polis tidak menerima sebarang laporan berhubung perkara itu. “Masyarakat dinasihatkan agar tidak mudah percaya dengan khabar angin sedemikian lebih-lebih lagi apabila disiarkan di laman sosial.

SUMBER :

MStar


MAINKAN PERANAN ANDA!
Sekiranya anda mempunyai maklumat mengenai berita tidak ditentusah yang melibatkan kepentingan awam mahupun negara,
Salurkan Kepada Kami

TIDAK PASTI JANGAN KONGSI