Kilang Lynas Terbakar ?

TULAR:
389
Gambar hiasan.Sumber gambar : Bomba Malaysia

PALSU : 

Tular di media sosial dakwaan bahawa sebuah kilang Lynas terbakar akibat gas ymudah terbakar yang disimpan di stor belakang kilang  dan telah menyebabkan keadaan jerebu yang tebal di bandar Kuantan.

Sumber gambar : Facebook

SEBENARNYA : 

Jabatan Bomba dan Penyelamat Pahang menafikan khabar angin mengenai kebakaran kilang Lynas yang disebarkan melalui sistem pesanan ringkas (SMS), blog dan facebook.

Timbalan Pengarahnya, Nazili Mahmood berkata, kebakaran itu hanya membabitkan kawasan hutan berdekatan sahaja dan tidak merebak ke kawasan kilang di Gebeng.

“Saya memantau kebakaran di situ dan sehingga kini keadaan terkawal kerana anggota bomba sentiasa menjalankan tugas dengan kerja-kerja pemadaman,” kata beliau.

SUMBER : 
Utusan Online

Sinar Harian


MAINKAN PERANAN ANDA!
Sekiranya anda mempunyai maklumat mengenai berita tidak ditentusah yang melibatkan kepentingan awam mahupun negara,
Salurkan Kepada Kami

TIDAK PASTI JANGAN KONGSI