PENJELASAN:
Jabatan Kesihatan Negeri Selangor memperjelaskan dakwaan kononnya Klinik Kesihatan Salak, Daerah Sepang telah ditutup ekoran terdapat pesakit yang disyaki dijangkiti Koronavirus.
Menurut kenyataan rasmi Jabatan Kesihatan Negeri Selangor:
Semakan mendapati kes tersebut tidak memenuhi definisi kes dan tiada kontak dengan kes positif nCoV atau sejarah ke Negara China dalam tempoh 14 hari. Tindakan penutupan dan dekontaminasi yang dilakukan oleh pihak klinik kesihatan tersebut adalah sebagai langkah berjaga-jaga.
Namun, kes tersebut telah dirujuk ke Hospital Sungai Buloh untuk rawatan yang disebabkan oleh penyakit lain dan bukannya PUI nCoV.
SUMBER:
Facebook Rasmi Jabatan Kesihatan Negeri Selangor