Menurut Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT):
Adalah dimaklumkan bahawa Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) tidak pernah melantik mana-mana ejen/ individu untuk bertindak sebagai orang tengah bagi permohonan Program Perumahan Rakyat (PPR).
Sehubungan itu, orang ramai adalah dinasihatkan supaya mendapatkan maklumat rasmi dengan melayari laman sesawang www.kpkt.gov.my.